MENGAPA KITA PERLU MENULIS?
6:39 AM Edit This 0 Comments »1) Tujuan Dakwah
Sepertimana telah dinyatakan di atas bahawa Islam amat memerlukan para penulis yang gigih bagi menyebarkan kesedaran di kalangan umat Islam maka sewajarnya kita meletakkan diri kita sebagai orang pertama yamg dipertangunggjawabkan. Bebanan tangunggjawab ini sememangnya amat berat unutk dijalankan. Sebagai barisan alumni Al-Azharkita sudah pasti akan berhadapan dengan berbagai permasalahan yang berlaku di kalangan masyarakat akan lebih ke arah kita. Bukan sekadar itu sahaja, malahn menjadi kewajipan ke atas kita sama-sama mengabungkan diri di dalam gerakan Islam bagi mengembalikan semula daulah Islamiyah yang sudah lama terpendam. Kesemua perkara ini menuntut kita agar mengorbankan segala masa, pemikiran dan harta benda.
Islam menuntut kita agar menyebarkan kebenaran dan melarang kita daripada meyembunyikannya. Slah faham masyarkat terhadap ajaran Islam perlu diperbetulakn. Agar mereka tahu bahawa Islam sebenarnya adalah penyelesai bagi semua permasalahan manusia. Unutk mencapai matlamat ini sudah semestinya memerlukan kajian dan kefahaman mendalam terhadap ajaran Islam itu sendiri. Perlu mengetahui pakah ideology atau kefahaman mendalam terhadap ajatran Islam yang sedang diamalkan oleh masyarakat. Maka ia menuntut seseorang itu agar banyak membaca. Kita perlu memahami ilmu-ilmu yang telah dihasilkan oleh para ulamak terdahulu dan juga ulamak mutakhir mengenai permasalahan yang berkaitan. Bukankah ini membuktikan kepada kita bahawa hasil penulisan itu sangat penting? Malahan selaku ahli gerakan Islam Imam Hassan Al-Banna menyarankan agar kita membina maktabah sendiri di rumah.
Selain daripada itu, perlu dinyatakan di sini bahawa bidang penulisan ini memerlukan latihan kemahiran. Bagi alumni Al-Azhar sekarang ini peluang latihan tersebut selama mana mereka masih berada di Bumi Kinanah masih terbuka luas. Setiap negeri mempunyai sura kampus teresndiri. Apa yang wajar kita lakukan ialah meggunakan suara kampus tersebut dengan sebaiknya. Jadikan ia sebagai medan latihan dan j8ga saluran untuk menyampaikan mesej dakwah. Selain daripada itu sebagai usaha laik boleh dilakukan seumpama menterjemah kitab, menghurai, membuat kertas kerja, risalah,bahan kajian ilmiah dan seumpamanya. Siapakah yang hendak menghalang kita daripada menulis?
2) Menjejaki Langkah Ulamak Terdahulu
Contoh lain ialah Imam Ibnu Taimiyyahyang mengarang beberapa buah kitab. Antara yang terbesar ialah kitab himpunan fatwa beliau yang menjadi kebajikan kebanyakkan ahli gerakan Islam. Ibnu Khathir seorang anak murid ibnu Taimiyyah tidak kurang memberikan sumbangan di dalam penulisan.Telah diriwayatka bahawa pada akhir kehidupannya beliau kehilangan pandangannya disebabkan terlalu banyak menulis. Antara hasil penulisannya yang cukup masyur kini ialah kiatab Tafsir Alquran Al Azim terkenal dengan nama Tafsir Ibnu Khathir.
Didalam gerakan Islam kini kita dapat menikmati hasil-hasil penulisan para penggerak harakah Islam ini. Lebih beruntung lagi apabila kita berada di Mesi, tempat terkumpulnya segala hasilpenulisan tersebut.Sayid Qutb telah meninggalkan untuk kita tafsirnya yang terkenal Tafsir fi Zilali Quran.Walaupun beliau bukan seorang yang berpendidikan agama secara formal namun beliau mampu menghasilkan penulisan yang cukup baik. Ramai dari kalangan ulamak menyifakkan tafsir beliau sebagai tafsir bil ra’yi al mahmud. Di sana beliau banyak menekankan permasalan politik,bersesuaian dengan suasana di waktu beliau menulis. Di antaranya ialah Mustafa Masyhur,Mustafa Al-Siba’ie,Abu Zuhrah,Muhammad Al Ghazali, Yusuf Al-Qadhawi,Sa’id Ramadhan Al-Buthi,Sayid Muhahammad Nuh, Abdullah Al-Khatib dan lain-lain lagi.
Dalam keadaan negara kita sanagt berhajat kepada para penulis di dalam bidang gerakan Islam kini apakah sumbangan kita?? Apakah kita hanya menadah hasil orang lain tanpa kita berusaha untuk mencurahkan kepada mereka yang sangat menghajatinya??
3) Memenuhi Hajat Masa Kini
Pada masa ini umat manusia sedang memasuki era teknologi maklumat dengan system langit terbuka. Sanagt mudah bagi sesiapa sahaja untuk mendapatkan maklumat di dalam setiap sudut kehidupan. Samaada dalam masalah politik, ekonomi, hiburan dan seumpamanya. Kesemuanya boleh didapati dalam beberapa detik sahaja dengan teknologi terkini.Persoalannya ialah,berapa peratuskah ruang ini yang telah diisi oleh umat Islam jika dibandingkan serangan musuh Islam melaluinya?
Pada masa ini umat manusia sedang memasuki era teknologi maklumat dengan system langit terbuka. Sanagt mudah bagi sesiapa sahaja untuk mendapatkan maklumat di dalam setiap sudut kehidupan. Samaada dalam masalah politik, ekonomi, hiburan dan seumpamanya. Kesemuanya boleh didapati dalam beberapa detik sahaja dengan teknologi terkini.Persoalannya ialah,berapa peratuskah ruang ini yang telah diisi oleh umat Islam jika dibandingkan serangan musuh Islam melaluinya?
Di mana-mana negara pun, golongan anak muda menjadi sasran utama gerakan kuffar. Tidak hairanlah kiranya amat mudah anak muda kini terpengaruh dengan apa yang mereka dapati melalui internet.Manusia pada hari ini tidak sekadar mahukan bahan penulisan bercetak. Lebih dari itu mereka ingin mendapatkan maklumat melalui system komputer yang cukup canggih pada hari ini.
0 ulasan:
Post a Comment