RiNTiHaN HamBa-Mu





Ya Allah…

Terangi hati hambaMU ini dengan cahaya Al-Quran..

Suburkan jiwa hambaMU ini dengan indahnya Al-Quran..

Bersihkan hati ini dengan syifa dari Al-Quran..

Indahkan Akhlak hambaMU ini dengan Al-Quran..

Cantikkan peribadi hambaMU ini dengan Al-Quran..

Jadikan hambaMU ini insan yang hidup dibawah naungan Al-Quran..

Lembutkan lisan ini untuk menyebut setiap kalimahMU didalam Al-Quran..

Kurniakan hati ini rasa rindu untuk mengulangi kalamMU di dalam Al-Quran..







Ya Allah
Janganlah engkau cenderungkan hati ini kepada dunia..

Janganlah Engkau cenderungkan hati ini kepada kemaksiatan..

janganlah Engkau cenderungkan hati ini kepada kemungkaran..

Jangan biarkan Al-Quran jauh dari dirikuKerana Al-Quran..

satu-satunya jalan untuk aku mengenaliMU sebagai penciptaku…







Ya Allah…
Hamba zalim terhadap diri sendiri..






Ya Allah..
HambaMU ini tidak pernah mensyukuri segala nikmat yang telah Engkau berikan…

HambaMU ini selalu dibuai cinta dunia dan lupa pada kematian..






Ya Allah…
Aku tak sanggup..

bila Engkau jauh dariku..

Terasa hidupku seolah tiada ertinya…

Seakan aku ikan yang dijauhkan dari air..

Sesak nafasku...

Tidak dapat aku hidup tanpa Cinta KepadaMU..






Ya Allah..
Engkau Maha Mendengar..

Engkau Maha Mengetahui..

Setiap rintihan hamba-hambaMU yang berdosa.. Sesunguhnya Engkau Maha tahu…

Kurniakan keampunan buat hambaMU ini..

Sungguh tidak akan kulepaskan lagi.. Iman yang telah pergi..

Akan kujaga rapi..

Agar ia sentiasa subur dalam jiwa ini..


Engkau Maha tahu sakitnyaBila hambaMU ini

jauh dariMU..

Kurniakan aku CintaMU..











MALAYSIA

MALAYSIA

InDahnYer IsLaM Jka KiTa DaPat RaSai DgN SeBeTuLnYe

3:28 AM Edit This 0 Comments »

"Islam itu bermula dengan dagang dan akan pada akhir zaman akan kembali dagang"


Hari ini aku melihat satu cerita tentang “muslim in texas”


Subhanallah… tak berhenti air mata aku mengalir bila melihat kesungguhan saudara2 baru yang convert to Islam kat Texas. Aku teringat cerita ustaz, kat Eropah, ramai orang yang peluk Islam sebab nampak keindahan Islam itu tapi di Malaysia ini, ramai pula yang murtad. Subhanallah… laungan takbir muslimah di Texas bila seorang wanita masuk Islam… betapa berharga nya Iman itu bagi mereka… aku terharu.. Aku lihat cahaya pada setiap mereka yang menjumpai keindahan Islam itu. They practices Islam fully. Walaupun ramai juga masyarakat yang tidak faham.. malah memandang serong dengan apa yang mereka amalkan ..as a full time muslim… Tapi mereka tak kisah semua tu… Ukhuwah mereka sangat kuat.. kerana mereka golongan minority… Muslimah kat Texas pun dapat kekuatan… ramai yang pakai purdah..Seronoknya hidup dalam iman…


Ya Allah kekalkan aku dalam nikmat Iman dan Islam.. sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih menakutkan aku selain jauh dari hidayahMU.. Jadikanlah aku hamba yang sentiasa bersyukur…

0 ulasan: