RiNTiHaN HamBa-Mu





Ya Allah…

Terangi hati hambaMU ini dengan cahaya Al-Quran..

Suburkan jiwa hambaMU ini dengan indahnya Al-Quran..

Bersihkan hati ini dengan syifa dari Al-Quran..

Indahkan Akhlak hambaMU ini dengan Al-Quran..

Cantikkan peribadi hambaMU ini dengan Al-Quran..

Jadikan hambaMU ini insan yang hidup dibawah naungan Al-Quran..

Lembutkan lisan ini untuk menyebut setiap kalimahMU didalam Al-Quran..

Kurniakan hati ini rasa rindu untuk mengulangi kalamMU di dalam Al-Quran..







Ya Allah
Janganlah engkau cenderungkan hati ini kepada dunia..

Janganlah Engkau cenderungkan hati ini kepada kemaksiatan..

janganlah Engkau cenderungkan hati ini kepada kemungkaran..

Jangan biarkan Al-Quran jauh dari dirikuKerana Al-Quran..

satu-satunya jalan untuk aku mengenaliMU sebagai penciptaku…







Ya Allah…
Hamba zalim terhadap diri sendiri..






Ya Allah..
HambaMU ini tidak pernah mensyukuri segala nikmat yang telah Engkau berikan…

HambaMU ini selalu dibuai cinta dunia dan lupa pada kematian..






Ya Allah…
Aku tak sanggup..

bila Engkau jauh dariku..

Terasa hidupku seolah tiada ertinya…

Seakan aku ikan yang dijauhkan dari air..

Sesak nafasku...

Tidak dapat aku hidup tanpa Cinta KepadaMU..






Ya Allah..
Engkau Maha Mendengar..

Engkau Maha Mengetahui..

Setiap rintihan hamba-hambaMU yang berdosa.. Sesunguhnya Engkau Maha tahu…

Kurniakan keampunan buat hambaMU ini..

Sungguh tidak akan kulepaskan lagi.. Iman yang telah pergi..

Akan kujaga rapi..

Agar ia sentiasa subur dalam jiwa ini..


Engkau Maha tahu sakitnyaBila hambaMU ini

jauh dariMU..

Kurniakan aku CintaMU..











MALAYSIA

MALAYSIA

keLeBiHaN AiDiLFiTRi

7:10 PM Edit This 0 Comments »
Umat Islam digalakkan menyambut Hari Raya Aidil Fitri dengan tahmid sebagai bersyukur kepada Allah bersempena dengan hari yang mulia itu. Ini diterangkan di dalam Al-Quran dan juga di dalam hadis Rasulullah s.a.w.

Firman Allah SWT, maksudnya: Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan Ramadhan dan supaya kamu membesarkan Allah dengan Takbir dan Tahmid kerana kamu telah mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur."
Daripada hadis pula sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. maksudnya: Hiasilah Hari Raya kamu dengan Takbir dan Tahmid.

Di dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda daripada Anas r.a. maksudnya: Hiasilah kedua-dua Hari Raya kamu iaitu Hari Raya Puasa dan juga Hari Raya Korban dengan Takbir, Tahmid dan Taqdis. Ini bermakna, seseorang muslim itu adalah digalakkan agar menghidupkan malam hari raya dengan amalan-amalan yang boleh mendekatkan dirinya kepada Allah bagi menjamin hatinya tidak akan mati pada hari kiamat.

Adalah lebih baik mengemas rumah, menjahit baju yang masih belum siap, menggosok pakaian raya untuk persiapan solat pagi raya bagi membesarkan Allah, menggantung langsir dengan niat mencantikkan rumah, kerana Allah suka kepada yang indah dan cantik, daripada menghabiskan sepanjang malam raya dengan menonton rancangan televisen, apatah lagi rancangan hiburan, filem, seloka Aidilfitri, mendengar lagu raya yang mengasyikkan, kerana tindakan itu sedikit sebanyak boleh menjejas pahala yang kita raih sepanjang bulan Ramadan.
Aktiviti pagi raya :-

1. Aidilfitri digalakkan bersarapan terlebih dahulu.

2. Mengenakan pakaian raya yang baru (tapi ia bukan satu kemestian) serta berwangi-wangian bagi orang lelaki.

3. Bersegera pergi ke tempat solat, sama ada masjid, surau, dewan terbuka atau di tanah lapang, iaitu dengan melalui jalan lain dari jalan yang dilalui sebelum menunaikan solat.

4. Antara amalan yang patut dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri.

5. Pada pagi Hari Raya, umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin.

6. Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah jiran tetangga, sanak saudara dan rakan taulan.
Ini kerana mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.

7. Menceriakan suasana hari raya dengan memberi anak-anak sampul duit raya (sebagai amalan 'idkhal as-surur' iaitu menggembirakan orang lain terutama kanak-kanak.)

Renung sejenak~~~

7:01 PM Edit This 0 Comments »
Ummu ‘Athiyah berkata:

أُمِرْنَا أَنْ نُخْرِجَ الْحُيَّضَ يَوْمَ الْعِيدَيْنِ وَذَوَاتِ الْخُدُورِ فَيَشْهَدْنَ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ وَدَعْوَتَهُمْ وَيَعْتَزِلُ الْحُيَّضُ عَنْ مُصَلَّاهُنَّ قَالَتِ امْرَأَةٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِحْدَانَا لَيْسَ لَهَا جِلْبَابٌ قَالَ لِتُلْبِسْهَا صَاحِبَتُهَا مِنْ جِلْبَابِهَا

Pada dua hari raya, kami diperintahkan untuk mengeluarkan wanita-wanita haidh dan gadis-gadis pingitan untuk menghadiri jamaah kaum muslimin dan doa mereka. Tetapi wanita-wanita haidh menjauhi tempat shalat mereka. Seorang wanita bertanya: “Wahai Rasulullah, seorang wanita di antara kami tidak memiliki jilbab (bolehkan dia keluar)?” Beliau menjawab: “Hendaklah kawannya meminjamkan jilbabnya untuk dipakai wanita tersebut.”” (HR. Bukhari dan Muslim)

Aqidah Islam

9:16 PM Edit This 0 Comments »

Dalam Susana dunia yang semakin mencabar, ramai manusia berebut-rebut mengejar kekayaan, kemewahan dan kesenangan duniawi tanpa memperdulikan lunas-lunas ajaran agama. Apa yang penting bagi mereka, kekayaan, kemewahan dan kesenangan mesti diperolehi semaksimum yang boleh. Akibatnya sesebuah institusi keluarga itu telah leka dari menjaga kebajikan pendidikan anak-anak dari segi keagamaan. Maka apa yang kita lihat sekarang, ramai golongan remaja yang telah terpesong akidah dan agamanya. Kini, saban hari kita didengarkan dengan pelbagai isu seperti ajaran sesat, pelacuran, rogol dan pelbagai lagi aktiviti yang tidak sihat.

Jika keadaan ini terus berlaku, maka keruntuhan akidah dikalangan umat Islam akan menjadi berleluasa. Sebelum diulas dengan lebih mendalam akan peranan keluarga dalam pendidikan agama, kita perlu tahu akan apa yang dimaksudkan dengan akidah dan agama. Perkataan akidah itu menurut maksudnya adalah merujuk kepada kepercayaan atau keyakinan. Agama pula adalah kepercayaan kepada tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaannya. Antara akidah dan agama itu adalah satu perkaitan yang seiringan. Semakin kuat pegangan agama seseorang semakin teguh akidahnya.

Langkah-Langkah Mengukuhkan Akidah

Ada banyak cara yang boleh dilakukan untuk mengukuhkan akidah, salah satu pendekatan yang penting adalah memberikan didikan agama kepada anak-anak pada peringkat awal. Sebenarnya pendidikan awal adalah bermula dari rumah, bukan dari sekolah. Keluarga mestilah mendidik anak-anak dengan ajaran agama yang betul. Aspek yang mesti diajar kepada anak-anak adalah berkaitan dengan kepercayaan. Rukun iman dan Rukun Islam yang menjadi asas akidah Islam itu adalah perkara asas yang wajib diajarkan kepada anak-anak. Dengan adanya asas yang kukuh dalam diri seseorang itu, ini akan dapat menghindari dari melakukan perkara-perkara yang boleh merosakkan akidah.

Bagi mengukuhkan akidah, banyak langkah yang boleh kita lakukan antaranya ialah melakukan banyak perkara sunat seperti membaca Al Quran, solat tahajud dan bersedekah. Dalam keadaan kita melakukan aktiviti begini, jiwa dan hati kita akan terasa tenteram serta tenang. Keadaan ini akan menggalakkan diri kita untuk menambahkan amalan-amalan sunat dan dalam masa yang sama akan dapat mengukuhkan akidah. Walaupun perkara ini bukan mudah untuk dilakukan, tapi dengan melakukan dengan permulaan yang sedikit dan melakukannya setiap hari adalah cara yang terbaik untuk melakukannya.

Sentiasa memohon keampunan kepada Allah SWT juga boleh mengukuhkan akidah seseorang. Dalam kehidaupan harian kita, kita tidak pasti sama ada kita melakukan dosa atau tidak. Contoh dalam melakukan amalan seperti Solat, belum tentu kita khusyuk sepenuhnya. Jadi ini boleh mendatangkan dosa atau sekurang-kurangnya akan mengurangkan pahala. Jadi langkah yang terbaik adalah dengan sentiasa memohon keampunan kepada Allah SWT. Sedangkan nabi junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW yang maksum dari melakukan dosa sentiasa memohon keamunan, inikan kita yang tidak terlepas dari melakukan dosa.

Selain itu, bagi mengukuhkan akidah kita mestilah sentiasa mendalami pengetahuan dan ilmu keagamaan kita agar pengaruh-pengaruh dari luar tidak dapat mempengaruhi kita. Dalam suasana dunia yang semakin canggih, kita tidak akan terlepas daripada menerima pelbagai pengaruh sama ada baik atau buruk. Kenyataannya sekarang, ramai manusia yang bertambah cerdik, bijak dan pandai sehinggakan kepintaran mereka itu digunakan untuk membuatkan diri mereka terkenal. Ada segelintir manusia yang sudah terlalu pandai menganggap merekasebagai tuhan, rasul dan utusan-utusan tuhan. Dengan cara mendalami pengetahuan agama, kita akan mampu untuk menepis kenyataan ini agar tidak terpengaruh dan dalam masa sama akan meningkatkan kepercayaan serta keimanan kepada Allah SWT.

Mengukuhkan akidah bukan satu perkara yang mudah untuk dilaksanakan, ia perlukan kekuatan iman. Ini adalah asas utama dalam mengukuhkan akidah. Persoalan iman dan akidah mestilah ditangani dengan sebaik-baiknya agar pada masa akan datang, anak-anak yang akan mewarisi kehidupan akan dapat hidup dalam suasana yang penuh harmoni, aman dan bebas daripada keruntuhan akhlak. Apa yang penting sekarang adalah peranan ibu bapa untuk mendidik anak-anak bermula dari rumah. Pendidikan asas agama penting untuk mereka aplikasikan dalam kehidupan. Pendidikan dari rumah akan berlanjutan ke peringkat sekolah dan pada peringkat ini, guru-guru turut terlibat dalam mendidik anak-anak, terutamanya mendidik agama itu sendiri.



Cerpen – ” Cinta terlarang” kerana Allah ??

5:56 AM Edit This 0 Comments »

“Siti Syazwani. Happy Birthday! Semoga kamu akan sentiasa dirahmati Nya… All the best in everything you do… Jaga diri & iman baik-baik yea~… -Amin, UK-”

Aku mencapai telefon mobilku dan membelek-belek SMS ucapan hari lahir yang diterima minggu lepas. Cukup ringkas. Namun, aku masih tertanya-tanya mengapa Amin hanya mengirimkan SMS sahaja kali ini? Jika tidak, tahun-tahun sebelum ini pasti sudah ada kad besar dan bermuzik akan tiba beberapa hari sebelum hari lahir ku. Dah la pakai nombor orang lain, siap tulis nama penuh aku pula tu. Tak pernah pula dia tulis macam ni… Ish, hati mula ragu-ragu. Menyangka sesuatu yang tak baik sedang berlaku. Adakah dia sudah ….? Argh, tak mungkinlah! Dia dah kata takkan ….

Aku teringat ketika dia pulang bercuti pada musim summer tahun lepas. Namun, sebelum itu aku sudah rasa banyak perubahan berlaku pada dirinya. Dia telah mula banyak memberi nasihat-nasihat baik ketika kami berhubung samada melalui telefon, SMS, email, YM dan juga friendster. Dan ketika itu, aku mendapat cuti seminggu dan telah bercadang untuk turun ke KL dengan kakak melawat saudara-mara, dan sambil-sambil itu bolehlah juga berjumpa dengan si Amin. Setahun sekali tak salah rasanya. Melepas rindu la sedikit. ‘Boring’ juga kalau asyik berhubung melalui telefon saja. Lagipun Kuantan-KL sekarang boleh travel dalam 3 jam 1/2 dah. Ulang-alik setiap hari pun boleh.

Di KL, aku telah menghubunginya dan cuba mengajak untuk berjumpa. Dia menolak ajakan aku untuk keluar berjalan-jalan daripada pagi sampai ke petang. Dia hanya boleh berjumpa dengan ku seketika sahaja pada petang hari. Walaupun dia beralasan sibuk, tapi aku tahu dia taklah sesibuk mana. Nak tak nak, aku terpaksalah menerima sahaja cadangannya. Asal boleh berjumpa, ia sudah cukup bagi aku. Dan petang itu kami taklah ke mana-mana sangat. Ronda-ronda sahaja dengan kereta Wira kesukaannya itu. Selepas ber-Asar di Masjid Wilayah, Amin membawa aku ke sebuah restoran dan kami makan ‘early dinner’ di situ. Kemudian, satu detik yang agak ‘mengingatkan’ bagi aku adalah sewaktu kami dalam perjalanan menghantar pulang aku ke rumah saudaraku… Dia ada bertanya “Apa beza kita dengan diaorang kat situ tu ye?” Amin menunjuk-nunjuk ke arah beberapa pasang ‘couple’ yang sedang lepak berdua-duan di tempat-tempat duduk sepanjang sebuah taman. Aku tergamam sekejap. Huh. Agak menduga, tapi ’simple’ saja. “Ala, kita ni baik sket. Tak ada pegang-pegang. Tutup aurat elok. Sampai waktu solat, kita solat. Erm… Islamik sket la pendek cerita!.” “Hmm..” Amin hanya mengangguk-angguk. “Dalam Islam ada ke macam ni?” Amin menduga lagi. Erk… Semakin terkesima aku dibuatnya. Kali ini aku terus diam terpaku. Aku tahu dia lebih banyak tahu selok-belok masalah benda-benda macam ini. Kalau aku jawab lagi, mesti dia ‘counter’ lagi. Huh. Diam sahaja lah! “Erh, abaikan je lah. Saja je saya tanya…” Amin cuba menyedapkan hati. Tidak lama selepas Amin terbang pulang semula ke UK untuk menyambung sesi pelajarannya yang baru, dia ada menghantar satu email kepada ku untuk menerangkan kedudukan dan tujuan dia bertanya akan hal itu. Aku sudah mula faham sedikit-sebanyak yang aku perlu mengawal hubungan yang masih tidak ‘rasmi’ ini. Dan sejak daripada itu dia tidak pernah langsung menelefon aku. SMS pula hanya bertanyakan tentang pelajaran sahaja. Itu pun boleh dibilang dengan jari. Namun, aku bersyukur dan gembira kerana dialah yang membuat aku berubah untuk jadi lebih baik dan lebih faham Islam. Jika dulu pakaian aku agak ketat dan singkat, kini sudah banyak yang labuh dan longgar aku beli. Tudungku pun pernah ditegurnya agar melabuhkan ke bawah dada. Dialah yang memperkenalkan padaku apa itu usrah dan dakwah. Dia juga ada berpesan – ‘Jaga hubungan dengan Allah tu lagi penting. Insya Allah, kemudian Dia akan jaga hubungan kita.’ Jadi, apakah yang akan berlaku selepas ini? Hatiku masih tak tenteram memikirkan SMS ucapan hari lahir itu. Macam-macam sangkaan buruk bermain-main dalam hati yang mula busuk ini. Aku masih setia menanti kepulangannya. Dan aku yakin dia juga setia pada aku. Aku tak pernah memikirkan lelaki-lelaki lain selain dia. Dan aku yakin dia juga tak pernah nak menggatal dengan perempuan-perempuan lain. Dia taklah seperti kebanyakan lelaki yang ‘playboy’ pada masa kini.

Ops! Mungkin agak kasar untuk berkata sedemikian.

‘Tuuut. Tuuut…’ Nada dering SMS berbunyi. Nombor Amin yang terpapar. “Esok free tak? Boleh kita chatting?” “Boleh… Saya free je.” jawab aku ringkas. Erm, mesti dia saja nak buat ’surprise.’ Aku dah agak dah, takkanlah dia hantar SMS saja untuk ‘wish birthday’ aku. Keyakinan aku mula bertambah. Dia masih sayang padaku. “Ok.Tq…” balasnya pula.

Keesokannya, aku menanti awal dia online. ‘Tuk. Tuk. Tuk..’ Amin has signed in. Oh, tepat sungguh waktunya…

Amin: assalamualaikum wbt.

Wani: wsalam… Amin: apa khabar? sihat? iman baik?

Wani: alhamdulillah… sihat2..=) awak?

Amin: alhamdulilah… baik2 juga… iman selalu turun naik sejak kebelakagn ni… tp takpe, ok je semua

Wani: awak tak balik ke tahun ni? btw, thanks for the bday wish last week…

Amin: welcome… tak balik. byk kerja sket tahun ni… lagi pun saya nak try bekerja… cari duit…

Wani: wah, rajinnya… baguslah!

Amin: hurm…

Amin: study macam mana?

Wani: ok je… new sem ni berat sket.. Jadual pack.

Amin: oic… Amin: takpe, study rajin2 ye..

Amin: hurm, dah lama nak tanya ni sebenarnya… Amin: hurm…

Wani: apa dia? tanya la… sila2..

Amin: 1st of all sorry dulu ye… hurm, apa pendapat awak tentang kita sekarang?

Wani: erh… macam awak kata dalam email tu dulu yang kita ni kan ‘kawan’… tak lebih daripada tu… tp, special sket… tiada couple-couple mcm org lain… declare pun tak kan?

Wani: so, statusnya kawan je la…

Amin: hurm…

Wani: erh, tak betul ke?

Amin: hurm.. ni opinion je la – antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram, tiada perhubungan yang lebih akrab melainkan hubungan suami isteri shj… yg lain2.. atas alasan aper skali pun ia tak patut diterima..

Aku tergamam seketika. Tertampar keras juga rasanya…

Wani: jadi…

Amin: saya rasa kita harus stop… stop untuk berpisah…

Amin: sbb…… Amin: sbb saya sedar yg semua ini adalah salah dan juga keliru… Amin: benda ni akan buatkan hati ternodai… zina hati akan banyak berlaku…

Amin: walaupun kita jauh, tak call, tak jumpa dll, tapi hati tetap ber’zina’…

Amin: huh…

Amin: saya bercakap itu dan ini pada org ramai… tapi, dalam masa yang sama saya meyelindungi sesuatu yang tak sepatutnya saya buat…

Amin: kononya Islamik…

Amin: saya rasa cara ni tak betul… kita sbnrnya yang dah menyarungkan benda yg tak baik ni dgn Islam… then, org nampak Islamik…

Amin: saya rasa takde beza pun kita dgn org lain yg duk ber’couple2’ nieh..

Amin: hurm…..

Amin: jadi, saya rasa kita harus berpisah…

Amin: demi menjaga diri…& sama-sama untuk kembali harungi hidup dalam redha Ilahi…

Amin: sorry… sorry byk2 untuk segala apa yang telah kita buat…

Amin: dan sorry juga sbb telah membawa awak ke jalan yang lupa pada-Nya… Amin: andai ada jodoh, moga dipertemukan…


Astaghfirullahalazim… Aku beristighfar panjang. Ku kesat peluh di dahi… Air mata jahiliyah ku deras menitis membahasi meja. Sedikit terpercik pada keyboard laptop. Aku tak sangka perkara seperti ini akan terjadi sepantas ini. Ringkas, lembut, berhikmah serta points-nya yang jelas membuat aku tak dapat membantah dan berkata-kata. Sedih, pilu, kecewa, dan sesekali timbul rasa kesal pun ada. Tapi, semua itu tak bermakna lagi… Aku tak mampu lagi untuk menyambung perbualan tersebut. Ku pasrah dan terima sahaja keputusan yang dibuat oleh Amin itu. Di saat ini, hanya Allah yang bisa mendengar bisikan hati rapuh ini. Dialah juga tempat ku pohon keampunan atas segala kekeliruan yang telah aku timbulkan. Rupanya selama ini aku telah tertipu dengan biskan musuh, mengikut jalan taghut, mencampurkan halal dan haram, serta mengandunkan yang Islam dan al-hawa… Cinta hakiki hanyalah pada Allah…Tiba-tiba aku teringat hadis halawatul iman yang pernah dibincangkan oleh naqibah aku tak lama dahulu; pertama-tama sekali mestilah mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada makhlukNya, kemudian mencintai seseorang itu hanya kerana Allah dan akhir sekali, mesti benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci dicampakkan dirinya ke dalam api neraka. Dengan demikian barulah dapat merasai kemanisan iman itu. Hanya Allah sahajalah yang layak memberi hidayah kepada sesiapa yang dikhendakiNya. Moga-moga Dia kuatkan dan teguhkan hatiku menghadapi dugaan ini dan moga-moga diringankan beban yang kupikul ini.

Aku terus menjawab ringkas….

Wani: thanks & sorry too… saya terima… Alhamdulillah…

Wani: moga awak bahagia dan sukses selalu di sana. doakan saya juga.

Wani: wassalam. Signed out

Aku merasakan hubungan tiga tahun yang terbina itu memang salah pada dasarnya. Bagaimana mungkin ia dapat mewujudkan sebuah keluarga yang menjunjung Islam jika asasnya terbina melalui cara al-hawa? Ya, kami memang saling menasihati dan bertazkirah, saling mengejut Qiamulali, saling menghantar SMS ayat-ayat Quran serta hadis, tapi semua itu memang tak betul caranya… Aku sedar yang kami telah mempergunakan Islam untuk mencapai matlamat peribadi… Astaghfirullah.. Syukur pada Mu ya Allah kerana lekas mengembalikan ku pada jalan redha-Mu. “Sayang… Cepat turun ni. Nurul dah nak sampai.” Ops! Tersedar daripada lamunan kisah 15 tahun lepas itu tatkala mendengar sahutan suamiku, Muhammad Aqil untuk bersiap menyambut tetamu istimewa kami Nurul dan Amin. “Ya bang, Wani turun…”

Alhamdulillah… Siap semuanya. Aku menutup lid laptopku dan bergegas turun ke bawah. Aku sudah bersedia untuk membentangkan ‘presentation’ kepada beliawan-beliawanis negara mengenai Cinta Remaja dalam program ‘Belia Negara 2057’ esok. Aku sangat bersyukur menjadi siapa diri aku sekarang ini dan aku mengharapkan belia-belia harapan negara dapat kembali kepada cara fitrah yang sebenar dalam menguruskan soal cinta..





**ya Allah… berdosanya aku… zina hati?? ramai yg xsedar (termasuk aku…)
yup! stuju! byk kn lg cerpen2 mcm ni… moga dpt dijadikn bahan pembentukkan diri remaja islam (termasuk aku) dlm memahami erti “sebenar” sebuah percintaan…

Cerpen ni aku amik dari org laen..copy paste.hehhehe...Saje nak share kt smua orang...**

Cerpen Di Penghujung Senja

1:59 AM Edit This 0 Comments »
Penat melangkah, akhirnya dia duduk berteleku menghadap lautan yang terbentang luas di hadapannya. Semenjak patah dahan berpaut, dia cuba menjadi sandaran adik-adiknya yang berlima itu.

Tiga tahun lepas, ketika ibu bapanya maut dalam kecelakaan jalan raya dan dia pula, hampir hilang nyawa dalam tragedi yang sama, berhempas pula dia cuba berdiri kembali dalam duka yang sangat menyakitkan itu. Saudara mara yang dahulu sentiasa bersama, mula membawa diri. Akhirnya, tinggal dia dan adik-adiknya yang masih kecil itu untuk meneruskan perjuangan dalam arus deras ini.

Segulung ijazah yang pernah digenggamnya juga tidak pernah membawanya ke mana. Hingga ke hari ini, dia masih mencari sebuah sinar harapan di hadapan lautan itu.

“Kak Aishah, tak mahu balik lagi? Kejap lagi dah masuk waktu Maghrib,” sapa Zahim sambil menyentuh bahunya lembut.

Terasa ada kasih sayang yang padu di kala sentuhan itu menyapa lembut bahunya. Dan tatkala hampir menitiskan mutiara jernih, Aishah menoleh dan sebuah senyuman diukir buat permata hatinya itu.

Hening pagi memberi satu sinar baru buat dirinya. Usai memanjat doa kerana masih diberi nyawa dan sebuah keluarga, dia turun ke laut untuk mencari sesuap nasi buat diri dan adik-adiknya.

Dan begitulah rutin hariannya setiap hari, hasil tangkapan dari laut yang kadang-kadang ada dan kadang-kadang tidak itu tidak pernah menjadi beban buat dirinya, malah dia bersyukur kerana masih berpeluang melihat senyuman di wajah adik-adiknya setiap kali dia pulang ke rumah. “Aishah!”

Suara garau itu menyapa lembut telinganya. Lama benar dia tidak mendengar suara itu menyapanya.

“Aishah…”

Terasa hampir benar suara itu dengan telinganya sehingga dia kaku seketika. Baki hasil tangkapan itu sudah siap dimasukkan ke dalam plastik. Itu sahaja yang tinggal buat santapan malam nanti.

“Aishah, aku di sini sayang.”

“Aku tak perlukan kau, Azlan. Dunia aku yang kecil ini tak layak menyambut kau,” balasnya lembut tetapi cukup untuk menyedari kedudukannya di samping lelaki itu.

Berjuta kali dia cuba menjauhkan diri daripada lelaki yang bernama Mohd Azlan Iskandar itu tetapi cubaannya tidak pernah berjaya.

Benar, hatinya tertarik pada budi bahasa lelaki itu tetapi malang sekali, terlalu banyak yang perlu difikirkan selain kehendak hatinya.

“Aishah…”

“Lan, aku mohon pengertian kau, Lan. Aku punya tanggungjawab besar. Banyak yang aku perlu fikirkan selain daripada diriku. Aku tak pernah layak berganding dengan kau Lan,” beritahunya perlahan.

Dia tahu, pasar ikan itu bukan untuk lelaki ternama seperti Azlan. Lelaki itu biasa hidup dalam kemewahan sedang dirinya pula, hanya layak menjalani kehidupan itu.

“Aishah, kau tak pernah mahu terima hakikat, aku bukan seperti yang kau sangka. Kau tak pernah beri aku peluang untuk terima dirimu seadanya.”

“Aku balik dulu, Lan. Aku doakan kau bertemu insan yang menyayangi dirimu seadanya.”

Dan seperti selalu, dia meninggalkan lelaki itu terpinga-pinga. Sedaya yang mungkin dia cuba membuang wajah lelaki itu sehingga dia tiba di rumahnya.

Dingin malam mengajaknya melihat keadaan adik-adiknya yang sedang lena diulit mimpi. Dia mengukir senyuman bila dilihatnya kaki Iman berada di atas perut Hakimi.

Lantas dengan cermat, dia membetulkan kedudukan adik-adiknya. Dan seperti selalu, dia mengucup lembut dahi adik-adiknya itu.

“Maafkan akak, Angah, Shahrul, Iman, Hakimi, Zahim. Buat masa ini, hanya ini yang mampu akak sediakan buat kalian semua. Akak tahu, hidup kalian tidak sempurna kerana akak tapi akak akan usahakan yang terbaik buat kalian semua.”

Tanpa diduga, air mata Angah merembes keluar dari kelopak mata yang tertutup rapat itu. Aishah yang masih tidak menjangka reaksi Angah ketika itu, terpaku di situ tetapi tidak lama. Angah bangun dan terus memeluknya sambil menangis teresak-esak.

“Kak Aishah dah banyak berkorban untuk Angah dan adik-adik. Dulu kak Aishah koma dua minggu, kaki patah tapi kak Aishah tak pernah merungut. Mana ada orang perempuan nak jadi nelayan? Tapi kak Aisyah buat, Angah tak tahu macam mana nak balas jasa kak Aishah.”

Dengan lembut, bahu adiknya itu diusap. Semenjak kehilangan arwah emak dan ayahnya, tidak pernah sekalipun air matanya menitis dan dia tidak akan membenarkan air matanya jatuh walaupun dia berasa hiba yang teramat ketika ini. Tidak akan sekali, dia mengaku kalah di hadapan adik-adiknya.

“Akak tak mahu Angah menangis, apa yang akak buat, itu memang untuk adik-adik. Yang akak harapkan, adik-adik berjaya supaya tak perlu jadi nelayan macam akak.”

Ketika pulang dari laut tengah hari itu, Aishah segera menurunkan hasil tangkapannya ke darat. Belum sempat dia menambat perahu, adik-adiknya sudah menanti di kaki air.

“Kak Aishah!”

Lambaian adik-adiknya menggamit Aishah supaya segera menghampiri mereka.

“Kenapa Kimi?”

“Kak Aishah dapat surat,” kata Hakimi sambil menyerahkan sekeping sampul berwarna coklat kepadanya.

Sebenarnya, sudah sekian lama dia tidak menerima sebarang surat dari sesiapapun terutama daripada syarikat swasta kerana sejak enam bulan yang lalu, dia mula menumpukan sepenuh masa kepada kerja menangkap ikan.

“Sukacita dimaklumkan bahawa anda telah ditawarkan jawatan sebagai Pereka Bentuk Dalaman. Sila lapor diri…”

Seakan tidak percaya dengan isi kandungan surat yang baru dibacanya sebentar tadi, Aishah membaca semula isi surat itu.

“Cubit akan sekali Kimi,” pintanya, membuatkan Hakimi menjadi sedikit terkejut.

Lama Hakimi memandang wajahnya, seakan meminta satu kepastian.

“Kenapa kak?”

“Akak dapat kerja, Kimi.”

“Alhamdulillah.”

Mendengar ungkapan tanda bersyukur itu, Aishah seakan terjaga daripada mimpinya. Dalam hati dia mengucapkan perkataan yang sama. Isnin depan dia perlu melapor diri, ini bermakna, dia perlu berhijrah ke kota jika ingin menerima tawaran itu.

Bagaimana dengan rumah peninggalan arwah emak dan ayahnya itu? Bagaimana dengan perahu yang ditinggalkan untuknya menyambung hidup? Bagaimana pula dengan persekolahan adik-adiknya?

“Kak Aishah.”

“Kita balik rumah dulu, Kimi.”

Sebuah senyuman manis dihulur buat adiknya dan persoalan yang masih bersarang di dalam benaknya dibiarkan sahaja seperti mana angin laut itu berlalu.

Aishah terdiam saat ibu Azlan datang membawa lamaran untuknya. Lama dia menyepi diri. Sedar kekurangan diri yang terlalu banyak itu, dia hanya mampu menundukkan wajahnya sahaja.

“Aishah…”

“Makcik, saya anak yatim piatu, jauh saya dengan Azlan macam pipit dengan enggang. Azlan berhak dapat gadis yang lebih baik daripada saya,” jelasnya, perlahan.

Lelaki itu mula dikenalinya sejak tiga tahun setengah yang lalu. Mereka bertemu secara kebetulan, ketika itu Azlan salah seorang ahli panel temu duga di sebuah firma reka bentuk dalaman. Walaupun tidak berjaya mendapat tempat di firma itu, namun Azlan kerap menghubunginya.

Pertama kali, ketika bersemuka dengan lelaki itu, Azlan terus menyatakan hasrat hatinya hendak menyunting Aishah sebagai suri hidupnya dan dia, terang-terangan melabel lelaki itu sebagai gila.

Sejak awal dahulu hingga kini, walaupun Azlan kerap membantunya, tidak pernah barang sekali dia melayan lelaki itu dengan sewajarnya. Kerap kali dia menolak hasrat lelaki itu, walaupun dia amat menyenangi sikap Azlan yang nyata jujur dan ikhlas hendak menyunting dirinya sebagai teman hidup lelaki itu. Dan Azlan pula, tidak pernah sekalipun mengalah dengan dirinya walaupun ditolak berkali-kali.

“Aishah, kita semua tak ada beza pun. Di sisi Allah, iman dan takwa sahaja yang membezakan kita. Azlan pilih Aishah sebab apa yang ada pada diri Aishah. Makcik yakin dan pasti, pilihan Azlan tepat.”

“Aishah ada adik-adik, makcik. Adik-adik Aishah tanggungjawab Aishah. Aishah tak mahu berpisah dengan adik-adik. Hanya adik-adik harta Aishah dunia akhirat. Kalau Aishah mengguris perasaan makcik, Aishah minta maaf tapi Aishah cukup bimbang kalau Azlan atau sesiapa sahaja tak dapat terima adik-adik Aishah. Adik Aishah bukan seorang tapi lima orang, makcik.”

Perlahan dia meluahkan kebimbangannya. Selepas itu, lama dia menyepi sebelum menyambung kembali bicaranya.

“Aishah tahu selepas berkahwin, tanggungjawab Aishah hanya pada suami tapi adik-adik Aishah ini bagaimana, makcik? Tak sanggup Aishah hendak membiarkan mereka terkapai. Sebab itu Aishah mengharapkan pertimbangan Azlan atau sesiapa sahaja. Aishah mahu jaga adik-adik Aishah sampai mereka berjaya dalam hidup, makcik. Aishah akan jaga mereka sehingga mereka tak perlukan Aishah lagi.”

“Kalau begitu, Angah dan adik-adik tak perlukan kak Aishah lagi. Kami boleh hidup tanpa kak Aishah. Kak Aishah berkahwinlah. Angah tahu abang Azlan baik. Tak akan ada orang yang lebih baik selain abang Azlan yang boleh jaga kak Aishah sepanjang hayat. Kak Aishah tak perlu bimbangkan kami sebab kami dah besar. Kalau kak Aishah yang perempuan boleh turun ke laut, tangkap ikan untuk sara kami, kenapa Angah yang lelaki ini tak boleh tangkap ikan untuk teruskan hidup?” tutur Angah perlahan tetapi cukup untuk menyentap perasaan halusnya.

Selama ini dia berjaya menutup rasa sedihnya tetapi tidak pada hari ini. Kata-kata Angah terkesan hingga ke hati. Tanpa malu dan rasa bersalah, dia menitiskan air mata di hadapan Hajah Normah.

Aishah membulatkan tekad. Tawaran sebagai pereka bentuk dalaman di firma Indah Sejarah akan ditolaknya. Hampir seminggu memikirkannya, dikuatkan lagi dengan petunjuk yang diterimanya selepas tiga malam menunaikan solat istikharah, dia nekad.

Mungkin itu yang terbaik buat diri dan adik-adiknya. Dengan jumlah simpanan yang sudah melebihi lima ribu ringgit, dia tahu dia boleh mengusahakan sebuah perniagaan secara kecil-kecilan. Sudah tiba masa dia perlu bangkit secara perlahan-lahan untuk membina masa depan yang lebih cemerlang.

“Aishah.”

Namanya diseru perlahan. Aishah tergamam melihat keadaan Azlan yang tidak begitu terurus ketika itu.

“Azlan, kau kenapa?”

“Aku rindukan kau, Aishah.”

“Azlan…”

“Kenapa kau tak pernah beri aku peluang, Aishah?”

“Aku tak layak untuk sesiapapun, Azlan. Aku tak layak bagi peluang pada sesiapapun,” jawabnya perlahan.

Sehingga kini, dia masih belum dapat memberi segala kebahagiaan kepada adik-adiknya dan bagaimana dia mampu mencari kebahagiaan buat dirinya?

“Aku sayangkan kau, Aishah. Kau tahu aku ikhlas ingin jadikan kau sebagai isteriku dunia akhirat dan kau juga tahu aku tidak akan sesekali mengabaikan adik-adikmu.”

Tulus pengakuan itu kedengaran di telinganya. Azlan menghampirinya dan dia semakin lama semakin dapat dilihat betapa lemahnya lelaki itu ketika ini. Azlan sakitkah?

“Aku sayangkan kau, Aishah. Dunia akhirat aku sayangkan kau. Aku harap Aishah, besar harapanku agar kau sudi jadi isteriku, dunia akhirat.”

Tidak sempat dia menjawab, lelaki itu rebah di hujung kakinya. Mata itu terpejam rapat hingga dia cemas tiba-tiba.

Hampir dua tahun berlalu dan kini, perniagaan keropok lekor yang diusahakannya secara kecil-kecilan telah mula berkembang. Berkat usahanya dan juga sokongan keluarganya, perniagaannya semakin maju.

“Ibu…,” panggil Zulaikha.

Larian si kecil itu menghiburkan hatinya. Bengkang bengkok lariannya ketika itu dia dikejar oleh ayahnya, Mohd Azlan Iskandar. Teringat saat lelaki itu rebah ketika melamarnya dua tahun yang lepas.

Menggeletar seluruh tubuhnya saat itu. Selepas dibawa ke hospital, baru dia tahu lelaki itu diserang demam denggi. Semenjak itu, baru dia belajar mengenal erti kasih terhadap Azlan.

Baru dia sedar yang dia sangat memerlukan lelaki itu dalam seluruh kehidupannya. Dan apabila Azlan mulai pulih, tanpa berselindung dia mengakui perasaan sayangnya terhadap Azlan.

Dan kini, selepas dua tahun menjadi suri hidup Azlan, mereka dianugerahkan seorang puteri. Dia tidak lagi turun ke laut sebaliknya dia kini giat menjalankan perusahaan keropok lekor berkat sokongan Azlan dan keluarga mertuanya. Angah? Alhamdulillah, Angah kini sedang buat persediaan untuk menyambung pelajaran dalam bidang perubatan di Ireland.

Shahrul sedang belajar di MRSM Terendak manakala Iman belajar di Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah, Kuantan. Yang setia berada di sampingnya ketika ini adalah Kimi dan Zahim kerana masing-masing berada di sekolah rendah. Alhamdulillah, dia punya sebuah keluarga yang cukup sempurna.

“Ibu, ayah!” Jerit Zulaikha sambil merangkul kakinya.

Aishah ketawa kecil sambil mendukung Zulaikha yang sungguh agresif kerana mahu mengelak daripada usikan ayahnya. Azlan menghampiri Aishah sambil memaut pinggangnya. Hidung si kecil itu dicuit beberapa kali.

“Abang kuat sangat menyakat Zulaikha.”

“Anak abang ni comel, Aishah. Abang geram nak cubit selalu.”

“Terima kasih Aishah sebab sudi terima abang dalam hidup Aishah. Terima kasih juga pada Aishah sebab selalu buat abang rasa sempurna. Terima kasih untuk segala-galanya.”

Tulus kata-kata itu dibisikkan ke telinganya. Hanya sebuah senyuman diukir buat suami tercinta. Dalam hati, tidak putus dia berdoa supaya bahagian di dunia dan akhirat sentiasa menjadi miliknya dan suami.

“Pagi esok kita ziarah kubur arwah mak dengan ayah ya abang?”

Tiada jawapan selain rangkulan di pinggangnya yang semakin erat. Suara si kecil itupun semakin ceria bila si ayah setia mengusiknya. Aishah tidak perlu meneka kerana jawapan yang dimahukannya sudah pasti di sebalik senyuman itu.


Dikarang Oleh Mastura Abdullah (hehehe..ceplak jap...mcm best)

Rebutlah peluang kekayaan ni yer (0_0)

2:38 AM Edit This 0 Comments »


Wahai umat islam,
kayalah dengan iman dan takwa,
itulah kekayaan meliputi dunia akhirat,
kekayaan yang menyelamatkan dari siksa alam barzakh,
kekayaan yang memayungi di padang mahsyar,
kekayaan yang mencorakkan catatan kebaikan dalam buku hisaban,
kekayaan yang memimpin meniti titian sirat,
kekayaan inilah yang berpanjangan sehingga ke syurga,
kekayaan yang mendekatkan lagi diri kepada Pencipta.


Wahai umat islam,
kayalah dengan ilmu pengetahuan,
sesungguhnya berbeza hamba yang berilmu dengan sebaliknya,
kayalah dengan ilmu yang memisahkan dari kegelapan kepada cahaya,
kayalah dengan ilmu yang membimbing kita menelusuri kehidupan ini,
kayalah dengan ilmu yang bakal mengembalikan kegemilangan umat kita,
cukuplah umat kita ditinggalkan jauh kebelakang,
sedangkan ilmu berasal dari umat kita,
namun dijauhkan dengan kelekaan fana dunia.


wahai umat islam,
kayalah dengan akhlak terpuji,
kekayaan yang membuatkan ibubapa berasa senang,
kekayaan yang membuatkan sahabat berasa senang,
kekayaan yang membuatkan masyarakat berasa senang,
tingkatkanlah kekayaan akhlak dalam diri kita,
usirlah pandangan luar yang menyatakan kita miskin dengan akhlak terpuji,
buktikan kita mengikuti junjungan mulia rasul kita,
rasul yang memiliki akhlah mulia,
agar kelak, Allah merasa senang itu yang penting.



wahai umat islam,
kayalah dengan ekonomi ummah,
mari kita maju tingkatkan kualiti ummah,
janganlah kita sentiasa kalah dalam ekonomi,
yang sentiasa ditindas dengan mudah,
yang tidak tentu arah tatkala dihentikan gaji yang buta,
atas kemalasan untuk berusaha dengan gigih,
atas kesenangan berada di zon selesa,
sehingga leka memandang masa hadapan yang bakal jauh berbeza,
jika kesedaran tidak dipupuk pada awal masa,
yang penting bukan kita mengejar dunia,


Wahai umat islam,
kayalah kita dengan perpaduan,
yang mengukukah ikatan sesama ummah,
cukuplah kita dimainkan pihak ketiga,
yang hanya inginkan perpecahan sesama kita,
agar kelak kita mudah dimusnahkan,
mari kita bangkit bina hubungan sesama kita,
tanamkan sifat kasih sayang antara kita,
kasih sayang sesama saudara,
alangkah indah hati terikat kerana Allah.



Wahai umat islam,
kayalah kita dengan kekuatan,
kekuatan badan yang tidak mampu dinoda,
kekuatan ummah yang tidak mampu digugat,
kekuatan negara yang menyatu disatu kalimah,
tambahlah kekuatan bukan kelemahan,
kekuatan agar tidak mudah dipijak-pijak,
oleh pihak yang sentiasa memusuhi kita semua,
jangan lagi leka dengan kehidupan dunia,
yang sekian lama melemahkan kita.



Wahai umat islam,
ayuh kita bangkit dengan kekayaan seluruhnya,
kekayaan yang tsumul mencakupi seluruh kehidupan,
samada dunia mahupun akhirat,
jangan lagi iman dan takwa di bawah garis kemiskinan,
jangan lagi ilmu pengetahuan di bawah garis kemiskinan,
jangan lagi akhlak terletak di bawah garis kemiskinan,
jangan lagi ekonomi ummah di bawah garis kemiskinan,
jangan lagi perpaduan sesama kita di bawah garis kemiskinan,
jangan lagi kekuatan sentiasa di bawah garis kemiskinan,
mari tingkatkan kekayaan yang dibimbing dengan Al-Quran dan Sunnah,
kekayaan yang bakal disusuli dengan al-jannah. dengan izin Allah Yang Maha Kuasa.

BeRaNi Ke NaK BuAt DoSa? (^_^)

10:17 PM Edit This 0 Comments »



Bismillahirrahmanirrahim..Alhamdulillahi robbil'alamin..Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan kita Muhammad s.a.w..Ana minta sama2 kita muhasabah & perbaiki diri kita selepas membaca artikel ini..








Persoalan mungkin, ikhtilat IKHWAH dan AKHAWAT,
Bagaimana dengan kita?. Sesungguhnya menjadi kewajipan bagi seseorang muslimin-muslimat yang beriman kepada Allah dan Rasul itu menjauhi ikhtilat yang haram antara lelaki dan perempuan. Hendaklah seorang wanita itu apabila telah cukup ilmu dan fahamnya dan terlibatnya di dalam dakwah untuk memastikan dirinya jauh dari ikhtilat (percampuran lelaki-perempuan) yang bukan mahramnya.Perlanggaran batas-batas pergaulan muslimin-muslimat masih terjadi dan hal ini mungkin disebabkan kerana :-
1. Belum mengetahui batas-batas pergaulan.
2. Sudah mengetahui, namun belum memahami.
3. Sudah mengetahui namun tidak mahu mengamalkan.
4. Sudah mengetahui dan memahami,
namun tergelincir kerana lalai.Kita mungkin sibuk menghiasi penampilan luar kita dengan menyimpan janggut, berkopiah ataupun dengan tudung labuh warna-warni. Kita sibuk berhiaskan simbol-simbol front Islam namun lupa substans Islam. Kita bersungguh belajar ilmu Islam namun tidak fokus pada pemahaman dan amal.Aktivis sekular tidak lagi segan dengan kita!!!
Seorang ustaz bercerita bahawa ada aktivis sekular yang berkata kepadanya,
“ Ustaz, dulu saya respect pada Islamic student, pakai tudung labuh, berkopiah kerana pandai menjaga pergaulan muslimin-muslimat, namun kini mereka sama saja dengan kami. Kami jadi tak segan lagi.
”Ungkapan aktivis sekular di atas memalukan kita selaku jundi-jundi yang ingin memperjuangkan agama-Nya. Menjaga pergaulan lelaki-perempuan memang bukanlah hal yang mudah kerana fitrah lelaki adalah mencintai wanita dan demikian pula sebaliknya. Hanya dengan keimanan yang kukuh dan mujahadah sajalah yang membuat seseorang dapat istiqomah menjaga batas-batas ini.
















Pelanggaran batas-batas pergaulan Ikhwah dan Akhawat masa kini
1. Tidak Menundukkan Pandangan ( Gadhul Bashar )Bukankah ada pepatah yang mengatakan,
“ Dari mana datangnya cinta ? Dari mata turun ke hati”.
Maka jangan kita ikuti seruan yang mengatakan,
“Ah, tidak perlu gadhul bashar, yang penting kena jaga hati!”
Namun, bukanlah menunduk pandangan sehingga terlanggar tiang tapi cukup sekadar kita memastikan pandangan kita terjaga daripada melihat sesuatu yang tidak syarie. Lelaki memandang wanita dengan penuh nafsu dan tidak alah juga wanita yang berkelakuan demikian walau tampil “warak berbungkus”.
2. Couple Duduk berdua di taman-taman, tepi-tepi malah ada yang lebih licik dengan menggunakan platform rasmi yang bernama ‘meeting’ ditempat2 yang mencurigakan. Walaupun kebanyakan masyarakat pelajar Azhar mahupun masyarakat arab tidak mempedulikan sebegini kerana menganggap ustaz-ustazah yang berduaan ini sedang berdiskusi tentang Islam dan tugas, namun apapun alasannya, maka menutup pintu fitnah ini adalah langkah terbaik dan wajib bagi kita.
3. “Chop awal2” Untuk berkahwin“Bagaimana, ustazah?
Tapi tiga tahun lagi baru kita kahwin. Ana takut enti diambil orang.”
Akhawat belum tamat belajar sehingga ‘dichop’ seorang ikhwah untuk menikah kerana takut kehilangan, padahal belum pasti hasrat itu akan tercapai. Hal ini sangatlah berisiko dan boleh mendatangkan permusuhan dan perpecahan bukan setakat semasa belajar, malah akan berlanjutan ke tanah air. Bukankah Nabi sallahu Alihi Wasallam sendiri melarang kita daripada ‘chop awal’ atau bertunang terlalu lama. Dengan kata mudah ‘kalau rasa diri sudah berpunya dan serius dalam hubungan, eloklah dipercepatkan urusan akad antara keduanya takut-takut terjerumus kekancah maksiat. Justeru, mana mungkin hubungan suci suami isteri akan terbina kekal di atas timbunan sampah kemaksiatan.
’4. Telefon Tidak ‘Urgent’Menelefon dan berborak tidak tentu arah yang tidak ada nilainya sama ada soal pengajian mahupun atau soal tugas berpersatuan. Kalau setakat bertanya khabar, bercakap soal hati dan perasaan atau apa sahaja yang bersifat tidak syarie tanpa batas, ana gusar apa akan kita jawab dihadapan Allah nanti?. Apa yang lebih malang, kita selaku daei, ulamak dan harapan masyarakat di luar sana sebagai benteng terakhir umat Islam yang membawa mandat besar selaku agen pengubah masyarakat, harus menunjukkan teladan dan nama yang baik dengan mengenepikan sebarang salah laku.
5. SMS Tidak ‘Urgent’Saling berchatting via SMS mengenai hal-hal yang tak ada kaitannya dengan da’wah, sampai tak sedar kredit dah habis. Sudah tiba masanya kita matang dan bermuhasabah dengan kehadiran teknologi yang sudah sekian lama kita nikmati. SMS tidak sepatutnya dijadikan medan melempiaskan nafsu serakah dengan berabang-sayang tapi sepatutnya dimanfaatkan untuk tujuan yang lebih murni dan berfaedah untuk menempah tiket ke syurga Allah Subhanahu Wataala.
6. Berbicara Mendayu-Dayu Bercakap sambil tertawa kecil dan terdengar sedikit manja. Bukankah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melarang perempuan daripada bercakap dengan suara yang mendayu-dayu dan dibuat-buat untuk menarik perhatian lelaki. Jadilah wanita yang bermaruah dengan sedikit bertegas bila bercakap dengan lelaki yang bukan mahram. Si lelaki pula. Jadilah mukmin yang ‘gentleman’ dengan menghormati perempuan mukminat. Hormat dalam erti kata menjaga dan memelihara maruah kaum hawa yang bakal menjadi tempat letaknya zuriat kita, penerus generasi beragama masa depan.
7. Yahoo Messenger/Chatting Yang Tidak ‘Urgent’YM adalah termasuk satu kemudahan. Tidaklah berdosa bila ingin menyampaikan hal2 penting di sini. Namun menjadi bermasalah bila topik perbicaraan melebar entah kemana dan tidak fokus pada da’wah kerana khalwat secara maya mudah untuk berlaku.Firman Allah Subhanahu Wataala :Rasulullah s.a.w bersabda, “ Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya ialah syaitan.” (HR. Ahmad)





Penutup










Ikhtilat Ikhwah dan Akhawat, seksiskah kita? Berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan, jelaslah kepada kita bahawa pergaulan atau ‘ikhtilat’ di antara lelaki dan wanita tanpa sebab-sebab munasabah yang dibenarkan adalah dilarang sama sekali dan membawa kepada dosa.Maka sewajarnya ke atas kaum Hawa menjaga batas-batas pergaulan hariannya dengan kaum Adam. Ini kerana ‘ikhtilat’ yang melanggar batas2 syariat akan menyebabkan fitnah serta kerosakan hati dan akhlak di dalam kalangan masyarakat Islam. Seterusnya ia boleh menjatuhkan martabat wanita itu sendiri.Jadilah lelaki yamg mampu membela dan memimpin kaum hawa ke jalan yang membawa mereka ke syurga. Bukankah sekiranya kita sayangkan seseorang, sayang kita akan lebih bermakna jika kita sama2 memperoleh syurga. Mana mungkin lafaz sayang dan kasih kita terpalit lumpur yang natijahnya adalah neraka.Lupakan persoalan salah siapa antara kita tapi letakkan pertanyaan dalam benak sanubari kita, Ikhtilat antara ikhwah dan akhawat, bagaimana dengan kita? Adakah kita terlibat sama?. Jangan sampai suatu masa anak cucu kita mentertawakan dan menghukum kita lantaran salah laku yang kita adakan hari ini.Wallahu ta’ala a'lam.